KUCHING:Seramai 126 pegawai dan anggota sukarelawan wataniah yang diatur gerak bagi membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Sibu telah menjalani ujian saringan COVID-19.
Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Azhar Ahmad berkata, pegawai dan anggota yang diatur gerak juga pernah melakukan Ops Penawar di sekitar Kuching.
Tegasnya, misi atur gerak pasukan dari Rejimen 511 askar wataniah dan pegawai itu bukan disebabkan kekurangan anggota di Briged Ke-9 Infantri di Sibu.
"Sebaliknya, langkah itu adalah untuk membantu memantapkan pasukan kerana kebanyakkan anggota dari Briged ke-9 Sibu sudah ditugaskan untuk menjaga sempadan Sarawak bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Mereka ini juga ditugaskan selama tiga bulan dan penugasan mereka ini telah kita laksanakan sebelum berlakunya peningkatan kes COVID-19 di Sibu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Flag-off Perbarisan Atur Gerak Op Penawar ke Sibu pada Khamis.
Kesemua 126 anggota Rejimen 511 Wataniah diatur gerak bagi misi penguatkuasaan tersebut dan mereka akan ditempatkan di lapan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang telah dikenal pasti di daerah Sibu.
Lynch Cowan
Thu Feb 04 2021
Azhar mengibarkan bendera pada majlis Flag-off Perbarisan Atur Gerak Op Penawar ke Sibu di Kuching pada Khamis. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM
Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kokokurikulum Askar Wataniah pemangkin meningkatkan keyakinan diri pelajar
ASKAR Wataniah berjaya meningkatkan kenyakinan pelajar dalam meniti dunia pada masa kini.
PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan
Seramai 126 pegawai dan anggota sukarelawan wataniah yang diatur gerak bagi membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Sibu telah menjalani ujian saringan COVID-19.
Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak
Kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah.
Khairy Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang baharu
Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lepas.
Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir
Askar Wataniah (AW) hari ini menggerakkan dua unit Sistem Penapis Air Bergerak (Jernih) ke Pahang dan Terengganu bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir.